BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

halwa telinga

Saturday, June 18, 2011

mulakan dgn dirimu sygku ~

selamat pg syg2ku!!assalamualaikum...hehe...ni post terakhir dr adda be4 adda blk ostel ptg ni..lps ni kne tggu lg 3 mggu laa..bru ley update lak...sbr ye!!

prnah x hati kita rse sdeyh di saat kita mlihat bhwa dskliling kita dpnuhi dgn coretan hitam mksiat...aptah lg prkra trsbut dilakukan oleh insan2 yg brgelar shbt kpd kita...sdeyh kn sbb kita x mmpu nk ubah mreka...kt sini adda nk share sket...tzkirah ni adda bce kt iluv islam...jom bce..!!

kita t'lalu byk memikirkn apa yg berada di luar kita...kita smua nk org lain brubah..,,sngguh!!hasrat utk mngubah org laen adlh 1 prkra yg amat murni...
ttpi,,mmpukah kita??bnr,,belum mncuba,,belum taw kn??
utk mncuba,,kita x blh maen redah cmtu je...pnting sgt tuk pnyai pndekatan yg brkesan...agr niat kita 2 x sia2...

kdg2 kita b'keinginan tp x ksampaian...
  • kita nk negara kita berubah,,
  • kita mahu orang berubah,,,
  • kita mahu lihat org disekeliling kita berubah..
tp bgaimna hndk kita mngrubah org laen sdgkn diri sndri x mahu ambil tindakn utk mengubah diri sndri...cuba kita renungkan...
  • Knp kita tak mmpu mengubah orang lain?
  • jwpnnya: sebab kita tak pernah m'beri masa tuk diri kita sme2 brubah..

formula t'hebat tuk mengubah org ialah dgn mengubah diri sendiri...
btapa besar sklipun hasrat utk mengubah org
lain,,,sekiranya x dimulakan dgn diri sendiri ia
akn menjadi hampa...
percayala
h..!!

kdgkala hasrat tuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa.,,org di sekeliling kita akn
menyaksikan cakap x serupa bikin yang kita laungkan...sedih,,kn??sbr sayang,,

sbgai p'bandingan elok jgak kita fikirkn prkra ini...
kalau kita hendak membina rumah
apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap
sekiranya tapak tidak kita bina...


“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab,,nilah kunci org yg brjya...brani mngejek tu mudah,,,berani berhujah itu mudah tp x rmai org
yg brani mlihat kkurangn dri sndiri..x msthil andainya kita pn mcm 2 kn??nauzubillah,,,

rmai org brani mihat kkurangn org tp jarang org brani m'bincangkn klemahn diri sendiri....astaghfirullahaaziim...

sbnrnya,,mngubah diri dgn pnuh sedar bkl mmbawa mkna kpd org laen~~means,,lam mse yg sme,,kita juga mengubah orang lain...wpun x sptah kata pn kte gnekn tuk nsihat or ubh org laen,,tp sikap kita yg elok bkl mnarik org laen tuk mncontohi kita..erm,,bt baek tuk mnunjuk2??jgn smpai brniat sdmikian...tp ckupla skdar kita berhrp agr Tuhan x hnya mmbuka hti kita tuk brubah...
mmg pngaruh dari kegigihan mengubah diri x akan drasakn spontan... tp prcayalah ia akn
membekas dlm minda orang lain...

mkin lama org akn kagum & t'dorong jgak tuk turut sma brubah...lantas bgaimana kaedah mengubah diri?

jom kita try,,cuba,,test!!
  • Mulalah dgn mngubah diri sndiri...bgaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah..jgn jd sprti seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupabikin...
  • mlakan dgn mlakukan prkra yg kecil...prkara yg kecil2 jika dilazimi akn membantu dan memudahkan tuk mlakukan yg besar2..
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

prkara yg kecil jika sring diabaikan nnti b'jngkit...yg bsr pun akn mudah diingkari...bnjir besar jga diawali dengan titik-titik hujan yang kecil...


  • Do it now!!Jgn bertangguh lg..smkn kita bertangguh,,nnti makin melarat jdnya....mslh yang kecil akn jd bsr jika dibiarkan...
  • paksa diri dgn spenuh hati...nafsu jika x dipaksa nnti jd degil...so,,lwn nfsu 2 hbis2an...hsilnya psti lumayan...
  • bljr menghukum diri sendiri apbla dri sndri mlkukn ksilapan...di klgn shbt nabi,,mreka prnah mnghukum dri sndri dgn brpuasa krn prbuatan mngumpat...
  • kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kbaikan sehingga sebati dgn diri,,..sprti 1 kata pujangga yg terpampang di pntu bilik adda..."org yg berjaya ialah org yg melakukn ssuatu prkara secara berulang2...

so,,ayuh!!!tggu ap lg...jgn bzirkn msa yg ad..insyaAllah,,,Allah akn mmbntu kita jka kta mmbntu agamaNya....jom sme2 kita jihad..sme2 kita tegakkan kalimah lailahaillallah di ats bumi ini...

salam jihad fisabilillah !!

No comments:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Bila Al Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....

Fadhilat Ayat Kursi

Slide 1
Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan. Memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.


Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.

Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

sEorAnG gAdiS iTu...

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


http://img517.imageshack.us/img517/462/gadisayufg7.jpg

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


http://img401.imageshack.us/img401/5127/awakkjl6.jpg

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


http://www.al-islam.org/gallery/kids/Clipart/children/0781.JPG

Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Ya Allah,,kuatkanlah aku....

Salam alaik kwn2...
erm,,alhamdulillah,,syukur sgt rsenya krn pd hr ni ana msih mmpu sntuh keyboard ni....walaupun dah cukup lme ana mnyepikan dri dlm blog ni,,,ana msih blom lupa akn kewujudannya...

sdar x sdar,,dh lme jgak ye cti skolah brlangsung....xsngka....pjam celik,,dh smakin hmpir detik tuk ana ngn shbt2 yg laen mnerima kputusan PMR...doakn lah ye moga2 kmi bertemu dgn sebaik2 kesudahan...insyaAllah...

smkin lme cuti,,smkin byk prkra yg mnimpa dri ni...mcm2 dugaan dtg mnjengah...doakn ana ttap kuat ek...

smlm,,ana got a news...a bad news...rse mcm dunia ni berhnti berputar ble ana taw sal ni...syukur,,di saat ana cmtu,,,ana di tmni 2 shbt yg sgt2 mmbntu ana mncri dri ana kmbali...thanks 2 Sis Fiza n seorg shbt...khdirn kalian sgt brmkna...
syukur jgak ke hadrat Ilahi krn blum mnarik smgt ana secara 100%....dgn smgt yg ad lam dri ana,,ana cbe tuk bngkit...ana cbe tuk xlmah....dmi insan di sekeliling ana...ana x nk mreka ssah hti....
ana yakin,,stiap dugaan itu psti ada hikmahnya...ana yakin,,pasti ad ssuatu yg lbey baek mnanti ana...

akhir kalam,,,

Ya Allah,,Ya Tuhanku,,,
Kau ampunilah dosa hambamu ini,,,dosa insan2 yg bertaubat Ya Allah,,,
ampunkanlah dosa hamba,,dosa ibubapa yg menjaga,,hamba dr kecil hingga dewasa...
Ya Allah,,kau tunjukkanlah kmi jln yg lurus...jln yg diredhai olehMu...

wallahualam,,,
amin ya rabbal alamin...

kami akAn buktikan kami boleh!!!batch nuclear-100% 9A 2010...


TIME FORM 1
batch nuclear

MY LOVE,,MY HEART,,MY LIFE..

teman2



cUbA laH tUk faHaMi sHbT aNdA...:)

assalamualaikum,,,akhi wa ukhti sklian....
smoga smuanya sntiasa dlm keadaan sihat....insyaAllah....

kt sini ana nk kupas sket prsoalan ttg sahabat....topik ni mmg x asing lg kn dlm hidup kita....ye laa kn,,,kita ni,,,mmg semuanya ad shbt....tp prnhkah kita t'fikir ek tuk jd shbt t'baik buat mreka..??memberi peluang tuk mereka merasai erti prsahabatn sbnrnya...???cuba kita renung2kn....di sini ana serta kn 1 puisi ttg erti prshbtn....bacalah,,,krn mgkn kita x prnh sdar apa yg diperkatakan dlm puisi itu adlh diri kita.....hargai lah shbt anda slgi anda msih mmpunyai pluang tuk b'buat sdemikian,,,...

http://lizaklimenko.files.wordpress.com/2009/03/best-of-friends-poster-c10048568.jpeg
Dalam dunia ini,,,

Kita tdk punya sesiapa kcuali diri sndiri...

Tetapi dlm kita bersendiri,,,

Kita beruntung krn mempunyai seorg shbt yg memahami kita...

Sbgaimana kita m'hrpkan keikhlasan & kejujuran seorg shbt,,bgitu juga dia...

Ttpi kita sering terlupa akan hal itu...

Kita cuma mengambil kira ttg harapan & perasaan kita...

Kita rasa dikhianati bila dia x mnepati janjinya...

Kita x m'beri dia peluang utk mnerangkn keadaannya...

Bagi kita,,,itu alasannya utk mnutup ksilapan & membela diri...

Kita terlupa,, kita juga pernah mmbiarkan dia t'nanti-nanti...

Krn kita juga ada jnji yg x ditepati...

Kita beri beribu alasan,,, memaksa dia menerima alasan kita...

Waktu itu,,, terfikirkah kita ttg perasaannya..??

Seperti kita,,, dia juga tahu rasa kecewa..ttpi kita sering terlupa...

Untungnya mempunyai seorg kwn yg sntiasa di sisi kita pd wktu kita memerlukan kehadirannya...

Dia mendengar luahan prsaan kita,, sgala rasa kecewa & ketakutan,, harapan & impian kita....

Dia memberi jln sebagai laluan pnyelesaian masalah...

http://www.trulylovable.com/media/769-a-way-to-stay-friends-forever.jpg

Selalunya kita terlalu asyik bercerita ttg diri kita,,

Hingga kdg2 t'lupa kwn kita juga ada crita yg ingin dikongsi brsama kita...

Pernahkah kita menenangkn dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita..??

Ikhlaskah kita m'dgr ttg kjayaan & berita gmbiranya...??

Mampukah kita m'jadi sumber kekuatannya sprtimana dia mniup smgt stiap kali kita merasa kecewa dan mnyerah kalah..??

Dptkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,,, kita blh dijadikn tmpt utk brsandar bila dia trasa lemah,,, agar tidk rebah..??

Bolehkah kita m'jd bahu utk dia sandarkan harapan..??

Sesekali jdlah kwn yg m'dengar drpd yg hanya b'cerita...

Ambillah masa tuk memahami hati dan perasaan kwn,,

Krn dia juga seorg manusia; dia juga ada rasa takut,,rasa bimbang,,sedih dan kecewa...

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kwn sbgai kekuatan...

Jadilah kita kawannya itu...

http://msp289.photobucket.com/albums/ll210/nightcrawler_9779/friendship-1.jpg

Kita selalu melihat dia ketawa,, ttpi mgkn sbnrnya dia x setabah yg kita sangka...

Disebalik senyumannya itu,,,mgkn byk cerita sedih yg ingin diluahkn,,,

Disebalik kesenangannya,,, mgkn trsimpan 1000 kekalutan,,,

Kita tdk tahu...ttpi jika kita cuba jadi sahabat sprti dia,,,mgkn kita akn tahu.....


Buat semua kwn2 ana,,,, ana nk korg tahu,,, ana sug sgt korg smua....smoga prshbtn kita kekal slmnya....insyaAllah....

SALAM MAALHIJRAH!!!

salam alaik...
alhamdulillah,,tup tap tup tap,,dh sethun brlalu kn..sme2 laa kte bersyukur kehadratNya krn kita msh lg dpt mrsai 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam....subhanallah,,,.cbe kte muhasabah blk,,sudh cukup kh amln kte pd thun yg lps??smkn lme,,kmtian smkin mndkti kta...adkh kte sudh bersedia??jom tny dri sndri...tepuk dada,,tnya selera...

so,,,smpna kdtgn thun 1432 hijrah ni,,jom kte luangkn sdkit mse tuk lihat lam dri kita....ap yg kurg,,ap yg prlu diperbaiki...'wahh,,byknyaa'...btol x??anda stuju??iye kn...hrm...xslh kn law kte cbe sdkit dmi sdkit tuk reload iman kita....biar byk..,,,biar penuh takungn!!:)

td ana bkak 1 blog ni...n then ana jmpa laa tzkirah ni....di kesempatan ni,,ana nk kongsi laa sket kt cni....jmput bce....dn sme2 la kte rnungkn....


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."